KUALA LUMPUR 20 JULAI - Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur hari ini menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim terhadap permohonan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang memenangi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, P. Kamalanathan untuk membatalkan petisyen plihan raya yang dikemukakannya.
Keputusan itu di buat oleh Hakim Datuk Azhar Mohamed petang ini.
Sehubungan itu, beliau akan mendengar merit dan permohonan Kamalanathan untuk membatalkan petisyen Zaid. - Utusan




